Sabtu, 21 Desember 2013

Konsep asas Syariah

Sekarang ini banyak Bank yang mengusung konsep syariah. Didirikannya bank islam disesuaikan dengan syariat islam yang menghindarakan bunga. Adapun konsep syariah dalam perbankan islam yang akan saya bahas.
Konsep asas syariah adalah seperti berikut :

1. Wadi’ ah (Simpanan)
            Pelanggan mendepositkan uang tunai atau asset lain sebagai simpanan di bank, bank akan menjamin keselamtan barang yang di simpan oleh pelanggannya. Bank memungkinkan mengenakan biaya sebagai menjaga deposit pelanggan dan membayar Hibah (hadiah) jika perlu.

2. Mudarabah ( pembagian keuntugan)
            Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara ; antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.
Mekanisme mudarabah :
  • Anda menyediakan dana kepada bank setelah persetujuan yang ada dalam perjanjian Mudarabah.
  • Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang dipersetujui.
  • Perniagaan bisa mengalami keuntungan maupun kerugian
  • Keuntungan akan dibagi antara anda dengan bank berdasarkan nisbah pembagian untung yang telah dipersetujui.
  • Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai aset/ pelaburan dan seterusnya.

3. Bai `Bithaman Ajil - BBA (Penjualan Dengan Harga Tertangguh)
Penjual membayar kepada pembeli dengan harga yang sesuai dipasaran dengan menyesuaikan keuntungan yang telah disepakati, dalam cara membayar bisa tunai ataupun angsuran. Mekanisme BBA :
  • Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.
  • Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.
  • Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.
  • Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.
  • Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada anda pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.
  • Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui.

4. Murabahah (Kos Tambahan)
Seperti di BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenarnya aset dan batas keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

5. Musyarakah (Usaha Sama)
Musyarakah merujuk pada pembagian atau kesamaan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dibagi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dibagi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.

6. Ijarah Thumma Bai`(Sewa beli)
            digunakan dalam membiayai barang penggunaan terutama pembiayaan kendaraan. Terdapat dua kontrak yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai` (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimaterai secara berbeda dengan urutan seperti gambarannya.

7. Wakalah (Agensi)
            kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain yang bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) melaksanakan tugas-tugas khusus. Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar atas perkhidmatannya.
Contoh :
Seorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat- syarat tertentu. Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.

8. Qard (Kontrak Hutang)
            pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang ia pinjam. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.
Contoh :
Pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak 5,000,000  kepada peminjam berdasarkan Qard akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak 5,000,000 kepadanya sesuai persetujuan.

9. Hibah (Ganjaran)
            Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat yang diterima

Sumber : http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/mengenai-perbankan-islam/konsep-syariah-dalam-perbankan-islam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar